Proton secara rasmi melancarkan kereta elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7, di Singapura minggu ini sekali gus menandakan kemunculan semula jenama ini di negara jiran selepas kira-kira 11 tahun. Pelancaran ini juga menyaksikan Proton menembusi tiga pasaran luar negara untuk model EV yang kini muncul sebagai EV paling laris di Malaysia.
Majlis pelancaran dihadiri oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan Vincent Tan, Ketua Pegawai Eksekutif VINCAR Group. Turut hadir ialah Ainol Azmil Bin Abu Bakar, Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Edmund Lim Meng Thong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton International Corporation, Ernest Tan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif VINCAR Group serta Yusri Yusuf, Pengarah Kanan Strategi Korporat Proton.
Turut memeriahkan majlis oleh pegawai-pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura iaitu Kavitha Mathuvay, Menteri (Ekonomi), Vinothan a/l Tulisi Nathzan, Kaunselor (Pelaburan), Siti Nordiana bt Mohamad Akhir, Pesuruhjaya Perdagangan, dan Intan Shafina Rasdi, Kaunselor (Ekonomi) serta para pelanggan VINCAR dan wakil media Singapura.




