Piston.my

Jaguar I-PACE Kini Lebih Anggun Dan Eksklusif Dengan Pakej “Stealth”

Susulan kejayaan pelancaran Jaguar I-PACE oleh Jaguar Land Rover Malaysia pada awal tahun ini, kenderaan elektrik yang telah memenangi pelbagai anugerah ini memberi peluang kepada pelanggan untuk meningkatkan estetik Jaguar I-PACE mereka dengan mendapatkan Pek “I- PACE Stealth” yang direka untuk menyerlahkan lagi Jaguar I-PACE dengan reka bentuk tersendiri dan penampilan dinamik.

Pemilik I-PACE yang sedia ada dan juga pelanggan baharu boleh membeli Pek “Stealth”, yang dirangka khas secara menyeluruh untuk menyerlahkan prestasi, ketangkasan, teknologi dan kemudahan penggunaan harian yang sememangnya dijanjikan oleh jenama Jaguar, di samping menambah baik pengalaman memandu kenderaan elektrik unik I-PACE.

Bagi meningkatkan kecantikan visual kenderaan utiliti sport (SUV) ini, Pek “Stealth” menonjolkan gril depan serba baharu yang menampilkan garis bentuk yang lebih licin menawan, dalam warna Kelabu Atlas terang, untuk kemasan lebih anggun dan seimbang yang diserlahkan lagi dengan lencana hitam dan perak Jaguar baharu. Cermin sisi yang kini berwarna hitam serasi reka bentuk baharu ini, manakala difuser belakang, bersama jalur pintu dan bampar sedondon warna badan dan bukannya Hitam Kilat.

Dinobatkan sebagai kenderaan paling dinamik dalam julat harganya, rangkaian Jaguar I-PACE menawarkan dua pilihan, iaitu Black LE yang boleh didapati pada harga RM460,800 dan HSE yang dijual pada harga RM498,800. Dipacu enjin dwimotor yang berkuasa, I-PACE menghasilkan tenaga sebanyak 400PS dan tork 696 Nm yang mengagumkan untuk kesemua empat roda dan jarak perjalanan sehingga 470km (Jangkaan julat dunia sebenar WLTP). Enjin bertenaga ini memperkasakan I-PACE dengan daya pecutan luar biasa dari sifar ke 100km/j dalam masa hanya 4.8 saat. Bagi mereka yang inginkan yang terbaik dari segi prestasi dan kemewahan, pilihan HSE membawakan pengalaman yang lebih menarik dengan kerusi prestasi tinggi eksklusif yang mengatasi pilihan yang ditawarkan dalam variasi Black LE.

Pek Penambahbaikan “Stealth” Jaguar I-PACE, yang dijual daripada harga RM12,000, kini boleh didapati di bilik pameran Jaguar Land Rover Malaysia di Ara Damansara dan Pulau Pinang, membolehkan peminat kereta menikmati pengalaman Jaguar serba sempurna. Untuk memastikan pakej naik taraf premium ini lebih mudah didapati, pelanggan boleh mendapatkan Kemudahan Pembiayaan pada kadar serendah 1.23% setahun, dan memanfaatkan program Subsidi Faedah.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan