Piston.my

SDAC-Ford Menguasai Pasaran Trak Pikap Malaysia dengan Rekod Jualan

Sebagai peneraju pasaran trak pikap di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion-Ford (SDAC-Ford), pengedar tunggal kenderaan Ford di negara ini, telah memasuki tahun baharu dengan pelbagai pencapaian yang membuktikan prestasi kukuh jenama tersebut pada 2023 dan sekali gus memantapkan kedudukannya dalam industri automotif negara. 

SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest dijual pada 2023, mencerminkan pilihan dan tahap kepercayaan pengguna Malaysia yang semakin kukuh terhadap prestasi luar biasa, teknologi canggih dan kualiti terulung kenderaan Ford.

Sejak dilancarkan, Ford Ranger Generasi Baharu ternyata popular dan mendapat sambutan memberangsangkan di pasaran Malaysia kerana prestasi dan kualiti luar biasanya. Model Ranger Raptor Generasi Baharu enjin Petrol 3.0L menawarkan enjin berkuasa V6 Twin Turbo dengan tork 397PS dan 583Nm, membawakan pengalaman memandu yang luar biasa. Sementara itu, model Ranger Platinum Generasi Baharu yang baru dilancarkan pada bulan November tahun lepas, dilengkapi dengan ciri-ciri kecanggihan yang menjanjikan keselesaan mewah dan teknologi pintar. 

Satu faktor penyumbang penting kepada kejayaan syarikat ialah perkembangan mantap rangkaian pengedar SDAC-Ford untuk menambah baik pengalaman servis Ford. Pada tahun lepas, syarikat telah menyempurnakan upacara pecah tanah bagi premis pengedar Ford Signature bernilai RM12 juta yang terletak di Jalan Baru, Seberang Prai. Kemudahan pusat Ford 3S serba canggih ini menduduki kawasan seluas 46,000 kaki persegi, yang mencontohi Ford Signature Corporate Identity dan menyediakan enam belas ruang servis dan empat ruang pameran kenderaan. Pusat ini akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir Sesi 2 2024. 

Dalam langkah strategik untuk mengambil kesempatan daripada pasaran pikap yang berkembang pesat di Malaysia Timur, SDAC-Ford telah meluaskan kehadirannya di seluruh rantau. Memandangkan Sabah merupakan pasaran pikap ketiga terbesar di negara ini, syarikat melancarkan dua pusat pengedar utama di negeri ini. Pembukaan pusat pengedar  Ford terbesar di Sabah, iaitu Ford Kota Kinabalu (Inanam), Boston Auto Dealership; dan Ford Kota Kinabalu (Penampang), Rightpower Corporation.  

Sambil meneruskan pengembangan operasi yang strategik, SDAC-Ford juga telah membuka Ford Kota Samarahan, pusat pengedar Jimisar Aruna secara rasmi pada bulan Oktober 2023, yang terletak di UniVista Commercial Centre, Jalan UniVista Off Jalan Express Way di Kuching, Sarawak. Lokasinya yang terletak berhampiran lebuh raya utama memastikan pelanggan dari pelbagai tempat di bandar raya dan kawasan sekitar boleh mengunjungi pusat pengedar ini, manakala kedudukannya di dalam pusat komersial yang sibuk membolehkannya menerima kunjungan ramai pelanggan. Pembukaan pusat-pusat tersebut telah mengukuhkan kedudukan jenama di Malaysia Timur. Kini terdapat sejumlah sembilan pengedar Ford di sana dan tiga puluh lapan pengedar di seluruh negara.

Kehebatan kenderaan Ford mendapat pengiktirafan lanjut dengan kemenangan pelbagai anugerah yang diterima pada 2023. Paling bermakna ialah kejayaan Ranger WildTrak Generasi Baharu yang memenangi anugerah berprestij Kereta Terbaik Malaysia 2023 bagi kategori Trak Terbaik dan Ranger Raptor 3.0L V6 Twin Turbo Generasi Baharu yang mendapat Sebutan Khas, membuktikan kewibawaan dan inovasi tiada tandingan Ford. 

Pengiktirafan terus diperoleh apabila Ford Ranger dipilih untuk Anugerah Pilihan Rakyat Carlist.my bagi Trak Pikap Terbaik 2023, manakala Ranger WildTrak Generasi Baharu telah dipilih sebagai  ‘Trak Pikap Terbaik’ oleh Anugerah Kenderaan Terbaik Allianz DSF.my (VOTY) 2023, mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin dalam kategorinya. Melengkapkan senarai kemenangan, Ford Ranger Generasi Baharu telah menerima Anugerah Pilihan Editor CarPlus bagi kategori Trak Pikap Terbaik bagi 2022-2023. Malah Ford Ranger Raptor Generasi Baharu juga memenangi anugerah Kereta Terbaik di acara tersebut. 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan