Piston.my

Castrol Membuka Kedai Servis Auto Flagship Pertama di Malaysia

Castrol, peneraju global dalam pelincir, meraikan detik penting dengan pembukaan rasmi bengkel peneraju utama (flagship store) Castrol Auto Service (CAS) di Malaysia. Era Maju Automobil (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat berpusat di Johor Bahru, telah dikenal pasti untuk pengikitirafan ini kerana perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, sekaligus mencerminkan komitmen bersama untuk memberikan penjagaan automotif berkualiti tertinggi.

Era Maju Automobil memiliki empat cawangan di Johor Bahru, dengan cawangan Rosmerah berfungsi sebagai ibu pejabat mereka. Bengkel (flagship store) yang baru ditetapkan kini menggabungkan penjenamaan baharu Castrol dan kini menawarkan pelbagai perkhidmatan yang menyeluruh. Bengkel (flagship store) yang telah dinaiktaraf ini bertujuan untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada para pengguna, membolehkan mereka memanfaatkan kepakaran Castrol dalam persekitaran yang moden dan inovatif.

Era Maju Automobil berbangga dengan sejarahnya berkhidmat untuk masyarakat Johor Bahru selama hampir tiga dekad. Ditubuhkan pada tahun 1996, perniagaan keluarga ini telah berkembang dari satu cawangan sehingga menjadi empat – membuktikan dedikasi mereka yang teguh demi menjamin kepuasan pelanggan. Seperti yang dijelaskan oleh Joshua Wong, pengurus bengkel bersama bapanya, “Kepuasan pelanggan merupakan suatu pencapaian yang membanggakan buat kami.” Semangat mereka terhadap motorkar jelas terlihat dalam pelbagai perkhidmatan yang mereka tawarkan, merangkumi segala-galanya dari penyelenggaraan kereta biasa – pertukaran minyak, pusingan tayar, dan penyelarasan – hingga pengubahsuaian untuk kedua-dua kenderaan harian dan kereta jenis “supercar”. Mereka mempunyai pengalaman dalam menyelenggara pelbagai jenama dan model kereta. 

Pelancaran bengkel (flagship store) CAS menandakan satu langkah penting bagi Castrol di Malaysia, menetapkan standard untuk pembangunan masa depan CAS. Dengan lebih dari 600 outlet CAS di seluruh negara, Castrol komited untuk menyediakan akses yang mudah kepada perkhidmatan automotif berkualiti tinggi di seluruh negara. Bengkel (flagship store) ini mewakili tahap pengalaman pengguna yang baru, mempamerkan komitmen jenama terhadap inovasi dan kecemerlangan. 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan