Piston.my

GWM Tank 300 Berjaya Mencapai 150 Tempahan

Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengorak langkah yang yang membanggakan apabila GWM Tank 300 berjaya mencapai 150 tempahan pra-pelancaran, menandakan sebuah permulaan yang mengagumkan bagi SUV ‘off-road’ ini di pasaran Malaysia. 

Daya tarikan yang ditonjolkan oleh GWM Tank 300 sepastinya menyumbang kepada kejayaan ini. Sebagai sebuah SUV ‘off-road’, ia memenuhi setiap permintaan para pengguna di Malaysia yang mengidamkan sebuah kenderaan yang mampu merentasi pelbagai jenis permukaan, dari jalan raya di kawasan bandar hingga pelbagai laluan yang mencabar. GWM Tank 300 dengan reka bentuknya yang lasak, ciri-ciri canggih, dan prestasinya yang diyakini adalah selari dengan kehendak mana-mana pelanggan yang mengutamakan kualiti pengembaraan, ketahanan, dan kepelbagaian untuk kenderaan mereka. 

Selain itu, 300 pelanggan pertama GWM Tank 300 akan menerima pakej istimewa daripada GWM, ini membuktikan keikhlasan dan keyakinan pihak GWM terhadap kualiti produknya. 

(1) Pakej perkhidmatan percuma selama 5 Tahun / 100,000 km, termasuk bahagian dan buruh, mana-mana yang terdahulu. 

(2) Pemilik pertama GWM Tank 300 bakal memperolehi waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi dengan jarak perjalanan tanpa had. 

(3) Apa yang lebih menarik ialah GWM Malaysia turut menyediakan hadiah misteri untuk 300 pemilik pertama ini, yang akan diumumkan semasa pelancaran rasmi nanti. 

Sebagai sebuah jenama SUV ‘off-road’ nombor 1 di China, GWM Tank telah berjaya mendominasi lebih daripada 50% pasaran SUV ‘off-road’ di China. GWM Tank 300 turut memegang takhta sebagai juara SUV selama 40 bulan berturut-turut, dan telah mencapai jumlah jualan lebih daripada 400,000 unit di peringkat global.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan