Piston.my

Proton Mengumumkan Permulaan Operasi CKD Untuk Saga Di Mesir

Proton telah mengambil selangkah ke arah  untuk mengembangkan jejaknya di pasaran antarabangsa dengan mengumumkan permulaan operasi CKD di  Mesir. Pengumuman tersebut dibuat semasa satu acara di Ibu Pejabat Pusat Kecemerlangan Proton dan ia  diserikan dengan majlis pelepasan untuk menghantar 120 unit pek CKD Proton Saga LHD ke negara tersebut.  

Acara tersebut dihadiri oleh TYT Ragai Tawfik Said Nasr, Duta Mesir ke Malaysia, dan Datuk Hanafi Sakri,  Timbalan Setiausaha Agung (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, dan dihoskan oleh  Tan Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton. Turut hadir ialah Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai  Eksekutif, Proton, Amr Abou-Elseoud, Ahli Lembaga Kilang Automotif Ezz Elarab Elsewedy, Mesir dan Steven  Xu, Pengarah Jualan Antarabangsa, Proton. 

Susulan acara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, berkata, “Jualan eksport adalah  salah satu bidang tumpuan penting bagi Proton dalam usaha kami untuk mencapai matlamat jangka panjang  kami. Memandangkan pasaran automotif Malaysia mencapai tahap tepu semula jadinya, potensi pertumbuhan  volum akan datang dari pasaran luar negara di mana permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada masa  akan datang. Penambahan operasi CKD di Mesir menambahkan jumlah kilang yang terlibat dalam aktiviti CKD  dan SKD untuk Proton di luar Malaysia kepada lima.”

Kilang CKD baru mempunyai potensi untuk menjadikan Mesir sebagai pusat serantau bagi model-model  Proton 

Sejak 2004, jenama Proton telah hadir di pasaran automotif Mesir bersama rakan kongsi, Ezz Elarab. Secara  keseluruhannya, hampir 17,000 unit CBU telah dieksport ke negara tersebut dan pada tahun 2024, ia diramalkan  lebih daripada 1,400 akan dihantar ke Mesir. Dengan pemasangan tempatan yang disasarkan untuk bermula pada  bulan Disember tahun ini di kilang pemasangan Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF), volum yang  disasarkan untuk tahun 2025 dijangka meningkat kepada 5,000 unit Proton Saga.  

“Proses pemasangan tempatan Proton Saga di Mesir membolehkan syarikat memenuhi matlamat kerajaan Mesir  untuk mengehadkan bilangan import CBU ke negara tersebut sambil juga menggalakkan aktiviti pemasangan  tempatan. Ini seterusnya mencipta potensi untuk pengembangan kapasiti yang lebih besar di negara tersebut  pada masa hadapan, terutama selepas kami melancarkan model-model baru untuk mencapai matlamat bagi menjadikan Mesir sebagai pusat eksport kenderaan Proton di rantau Afrika Utara,” kata Steven Xu, Pengarah  Jualan Antarabangsa Proton. 

Untuk tiga tahun pertama sehingga akhir 2026, pendapatan yang diperoleh Proton daripada eksport pek CKD  ke Mesir diramalkan sebanyak RM570 juta, dengan tambahan RM20 juta dijangka sebagai pendapatan daripada  aktiviti eksport alat ganti. 

“Proton adalah pengeksport utama kenderaan di Malaysia dan walaupun volum semasa kami adalah kira-kira  3% daripada jumlah jualan keseluruhan kami, usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan angka tersebut  dengan memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama. Sebagai contoh, Proton bekerjasama dengan  vendor untuk mengurangkan kos komponen dan sambil menjemput mereka untuk bekerjasama dengan syarikat  di negara lain untuk membangunkan rantaian bekalan bagi aktiviti pengeluaran luar negara kami. Ini akan  memberikan pulangan jangka panjang bukan sahaja untuk syarikat dan vendornya, tetapi juga untuk  pembangunan industri automotif bagi pasaran luar,” tambah Steven Xu. 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan