Proton telah melancarkan pakej perkhidmatan prabayar baru yang boleh dibeli oleh pelanggan bagi kereta Proton baru dan sedia ada mereka. Pelan ProCare Smart (PSP) telah dilancarkan untuk Proton Saga, Proton X90, dan Proton X70 2025, memberikan penjimatan sehingga RM670 (tertakluk pada model).
Pembeli kereta baru boleh memilih pakej tiga atau lima tahun untuk membantu mengehadkan kos penyelenggaraan pemilikan kenderaan. Mereka juga diberi jaminan tambahan bahawa kenderaan mereka akan diselenggara di rangkaian pengedar 3S/4S Proton yang terkemuka dalam industri oleh juruteknik terlatih menggunakan hanya alat ganti Proton yang tulen.
Sebagai manfaat tambahan, para pembeli boleh mengurangkan kos penyelenggaraan kerana mereka akan menikmati penjimatan sehingga 15% berbanding pakej perkhidmatan biasa. Sekiranya kenderaan dijual dengan baki PSP yang masih belum tamat, pemilik baru akan menikmati manfaat tersebut selagi ia masih dalam tempoh sah.
Pemilk semasa yang membeli kenderaan mereka tanpa pakej PSP juga akan ditawarkan pakej perkhidmatan prabayar yang serupa, walaupun pakej ini akan dihadkan kepada selang masa dua tahun, dengan penjimatan sehingga RM 350 (tertakluk pada model). Walaupun pakej PSP pada masa ini terhad kepada tiga model yang disebutkan, terdapat rancangan untuk meluaskannya kepada semua model Proton pada masa depan.
Selain itu, Proton juga akan menawarkan pilihan pembiayaan untuk pemilih sekiranya mereka ingin mendaftar untuk pakej PSP selepas membeli kereta mereka. Pelan Pembayaran Tetap (FPP) tersedia melalui kad kredit Affin Avance Proton sehingga 24 bulan. Pelanggan juga boleh mendapatkan pelan pembayaran ansuran melalui Direct Lending, sebuah platform peminjaman digital patuh syariah, dengan tempoh pembayaran bulanan sehingga 12 bulan. (terma dan syarat dikenakan)