Mini hari ini memperkenalkan Mini Countryman S ALL4 Serba Baharu, sekaligus memperluaskan Keluarga Mini Baharu di Malaysia dengan varian berkuasa petrol yang dipasang tempatan untuk memastikan kehadiran Mini bagi setiap gaya hidup dan citarasa.
Dipasang secara tempatan, Mini Countryman S ALL4 Serba Baharu menyertai barisan Mini Baharu yang ikonik di Malaysia, serta berkongsi proposisinya yang unik dan ciri Favoured Trim dengan Mini Countryman SE ALL4 yang diperkenalkan pada tahun 2024. Seperti rakan model elektriknya itu, Mini Countryman S ALL4 Serba Baharu juga mempunyai penampilan yang unggul – lebih tinggi dan lebih panjang berbanding model terdahulu, namun masih mengekalkan identiti Mini.
Dimensi baharu ini menawarkan ruang yang lebih luas, keselesaan yang dipertingkatkan dan keselamatan yang lebih
tinggi, menjadikannya sebuah kenderaan serba boleh serta mesra keluarga. Selain itu, rangkaian kuasa pacuan semua roda Mini Countryman S ALL4 Serba Baharu, reka bentuk crossover yang tahan lasak, profil menegak dan lebar antara tayar yang ditingkatkan menjadikannya model yang sempurna untuk pemanduan harian dan pengembaraan luar.