TC Subaru Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, melancarkan kempen istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bertemakan “Raya Bersama Selamat Sentiasa”, yang berlangsung dari 2 Mac hingga 30 April 2025. Menerusi kempen ini, Subaru Malaysia menekankan kepentingan keselamatan jalan raya dan keselesaan pemanduan, di samping menawarkan pelbagai promosi menarik bagi pembelian kenderaan baharu serta program selepas jualan menjelang musim perayaan.
Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, pelanggan berpeluang menikmati penjimatan istimewa bagi beberapa model utama Subaru, termasuk Subaru XV dan Subaru Forester, sekali gus memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman lebih lancar dan selamat.
Penjimatan Sehingga RM38,000 untuk Model Terpilih
Sepanjang tempoh kempen, Subaru Malaysia menawarkan penjimatan hebat untuk model popular seperti berikut:
-
Subaru XV
Pelanggan bakal menikmati penjimatan keseluruhan melebihi RM38,000, termasuk diskaun sehingga RM29,000, warna keselamatan percuma serta pakej servis komprehensif selama lima tahun. -
Subaru Forester
Ditawarkan dengan penjimatan gabungan melebihi RM36,000, termasuk diskaun sehingga RM28,000, kamera pemuka HD percuma bernilai RM1,450 serta pakej servis komprehensif selama lima tahun.








