Proton menutup bulan Mei dengan mencatatkan 13,328 unit terjual (domestik, eksport, smart, Proton e.MAS), 6.1% lebih tinggi berbanding Mei 2024, peningkatan jualan bulan ketiga berturut-turut. Untuk tiga bulan terakhir (Mac-Mei), jualan tahun ke tahun telah meningkat sebanyak 10% untuk jualan tahun hingga kini (YTD) sebanyak 61,087 unit. Peganganan pasaran bulan Mei pula dijangka berada di 19.2% daripada anggaran Jumlah Industri (TIV) sebanyak 69,495 unit dengan pegangan pasaran YTD juga dianggarkan sebanyak 19.2%.
Pemacu volum tahun ini termasuk Proton X50 dan Proton X70, yang telah mencatatkan jualan laris sejak pengenalan varian diperbaharui pada tahun lalu. Jualan eksport yang kukuh juga memberi sumbangan, kini 36.6% lebih tinggi daripada 2024, manakala Proton e.MAS 7 mendahului jualan EV untuk bulan kelima berturut-turut pada Mei, sambil mencatatkan jualan melebihi 900 unit buat pertama kali.
Jualan Proton bulan ini membuktikan prestasi cemerlang dari semua model apabila pembeli memberi respons positif terhadap usaha promosi yang diadakan di seluruh negara. Dari segi prestasi jualan, Proton X70 mencatat peningkatan paling ketara apabila jualan naik sebanyak 44% dan menutup bulan dengan 982 unit. Dengan prestasi ini, SUV segmen-C itu kini mencatatkan lonjakan 53.1% berbanding jumlah jualan YTD bagi 2024, suatu tahap yang dijangka kekal kukuh dan berpotensi untuk terus meningkat sepanjang 2025.