Piston.my

Berita Terkini

Semakin hari, semakin banyak berita sedih yang kami dengar dan lihat di berita dan juga laman media sosial berkenaan pelbagai jenis kemalangan jalan raya. Volvo Trucks Malaysia dengan kolaborasi bersama Petronas Carigali di Kerteh telah mengambil initiatif dalam mengaturkan dua kempen keselamatan jalan raya.

Hasrat mereka adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai risiko dan mewujudkan pemahaman tentang cara bertindak dengan selamat dalam lalu lintas kepada semua pengguna jalan raya terutamanya kanak-kanak dan juga penunggang. (more…)

Seperti yang telah dilaporkan oleh pihak kami pada bulan Oktober yang lepas, Ford Malaysia (Sime Darby Auto Connexion) bersama Ford Motor Company telah melancarkan Ford Ranger generasi baharu untuk pasaran Malaysia. Terdapat 8 varian berbeza bagi model XL, XLT dan Wildtrak dengan harga dari RM90,888 hingga RM144,888 dan kami telah diberi peluang untuk memandu uji varian tertinggi (sebelum Ford Ranger Raptor) iaitu Ford Ranger Wildtrak 2018. (more…)

Toyota Europe baru sahaja mengeluarkan satu klip video berkenaan dengan model yang ramai sedang menunggu kemunculan rasminya iaitu Toyota Supra baharu. Klip 30 saat yang telah dimuat naik ke laman web YouTube itu focus kepada bunyi Supra generasi baharu yang ikonik dan juga mengujakan. (more…)

Dato’ Samson Anand George iaitu CEO Naza Automotive Group, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd baru sahaja dianugerahkan dengan Ordre National du Mérite dari kerajaan Perancis atas usaha dan sumbangan beliau kepada negara Perancis menerusi industry automotif. Duta Perancis di Malaysia, Frédéric Laplanche, telah memberi anugerah tersebut kepada Dato Samson pagi tadi di majlis penganugerahan yang telah diadakan di kedutaan Perancis yang terletak di Kuala Lumpur. (more…)

Honda Malaysia telah menghadiahkan tujuh buah Honda City baharu kepada para pemenang peraduan kempen ‘Joy of Buying’ yang telah dijalankan dari 1 September hingga 31 Oktober 2018. Peraduan ini telah dijalankan sempena ulang tahun Honda yang ke-70 dimana Honda Malaysia memberi fokus kepada aspek membeli, menjual dan mereka dari konsep ‘3 Joys of Honda’. (more…)

Mpire Asia Sdn Bhd (Foton Malaysia) telah melancarkan Pusat Foton 3S yang pertama di dalam negara. Pengumuman rasmi pusat 3S berteknologi canggih ini telah diadakan di Glenmarie, Shah Alam dan dilancarkan oleh Duta Khas Malaysia ke China, YB Tuan Tan Kok Wai. Mereka juga telah lancar dua van komersial baharu iaitu model View C2 dan View CS2 yang mampu membawa 18 penumpang. (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube