Pendaftaran kini dibuka untuk Volvo Padel Open – kejohanan padel terbesar di Malaysia – yang akan berlangsung dari 21 Jun hingga 27 Julai 2025.
Bekerjasama dengan tiga kelab padel terkemuka di Lembah Klang – Joy Division Padel, Padelground dan PadelKu – kejohanan tahun ini akan memberi peluang kepada sehingga 320 peserta untuk memenangi hadiah wang tunai, barangan eksklusif, waktu sewaan gelanggang, serta pengalaman tujuh hari penuh bersama kenderaan Volvo elektrik sepenuhnya. Jumlah keseluruhan hadiah melebihi RM180,000.
| Acara Utama | Tarikh |
| Pendaftaran | 3 June – 3 July 2025 |
| Penilaian Pemain | 21 June – 6 July 2025 |
| Klinik Latihan | 12-13 July 2025 |
| Pusingan Kelayakan (Beginner) | 19 July 2025 |
| Pusingan Kelayakan (Intermediate & Advanced) | 26 July 2025 |
| Peringkat Akhir (Semua kategori) | 27 July 2025 |
Untuk menyertai Volvo Padel Open, peserta hanya perlu membayar yuran sekali sahaja sebanyak RM160 seorang, atau RM320 setiap pasukan. Pemilik kenderaan Volvo menikmati potongan 50% untuk penyertaan setiap individu.
Tahun ini, Volvo Padel Open menawarkan tiga kategori utama – Beginner, Intermediate dan Advanced – bagi mengiktiraf peningkatan tahap kemahiran peminat padel sejak kejohanan tahun lalu, di samping membuka ruang kepada pemain rekreasi baharu untuk mencuba aksi kompetitif.







