Piston.my

Tesla Gegar Di Sweden Dan Norway – Siasatan Terhadap Kegagalan Suspensi Bermula

Agensi Pengangkutan Sweden mengumumkan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan terhadap kegagalan suspensi kereta Tesla, usaha seiring dengan siasatan serupa yang dijalankan oleh pihak berkuasa keselamatan trafik Norway.

Dalam kenyataan melalui emel kepada Reuters, agensi Sweden mengesahkan, “Kita boleh … mengesahkan bahawa kerja penyiasatan juga sedang berlangsung di pihak kami.”

Sejauh ini, Tesla tidak memberikan respons terhadap permintaan komen berkenaan kepada Reuters.

Pentadbiran Jalan Raya Awam Norway (NPRA) mendedahkan bahawa mereka telah memulakan penyiasatan terhadap Tesla pada September 2022. NPRA telah meminta pengeluar kereta tersebut menilai aduan pengguna mengenai lengan kawalan belakang pada Model S dan X yang dikatan mudah patah.

Bergantung kepada hasil temuan, agensi Norway mungkin mencadangkan agar Tesla membuat recall kenderaan-kenderaan yang terlibat untuk menggantikan bahagian jika dianggap membawa “risiko serius.” Sebagai alternatif, mereka mungkin menghentikan siasatan jika tiada kebimbangan keselamatan dikenal pasti atau memilih untuk memanjangkan kajian.

Berkenaan dengan siasatan di Norway, agensi Sweden mengakui bahawa mereka juga telah menerima “infomasi mengenai kereta daripada jenama Tesla yang mengalami masalah serupa.” Walau bagaimanapun, jurucakap bagi regulator Sweden enggan memberikan komen lanjut mengenai butiran siasatan kerana masih dalam proses.

Penyiasatan di Sweden dan Norway berlaku selepas siasatan Reuters yang diterbitkan pada awal minggu itu. Laporan itu mendedahkan bagaimana Tesla secara konsisten menyalahkan pemandu atas kegagalan kerap pada bahagian suspensi dan stereng yang syarikat itu telah lama tahu bermasalah.

Bagi mengurangkan kos jaminan yang meningkat, dilaporkan Tesla cuba memotong belanja penyelenggaraan dengan menyalahkan kegagalan ini sebagai “penggunaan secara kasar” oleh pemandu. Siasatan itu berdasarkan ribuan dokumen Tesla dan temubual dengan bekas pekerja, termasuk pengurus perkhidmatan dan juruteknik di Norway.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan