Piston.my

Pameran BMW Premium Selection Kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Pameran BMW Premium Selection (BPS) anjuran BMW Group Malaysia kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 hingga 3 Mac ini, menawarkan pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu daripada BMW Group, termasuk model dari BMW 2 Series, BMW 3 Series, BMW 5 Series, BMW 7 Series dan rangkaian BMW X. Barisan kenderaan premium pra-milik Mini dan BMW Motorrad juga akan dipamerkan di acara tersebut.

Pelanggan di pameran tahunan BPS ini berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik, antaranya RM5,000 rebat segera dan peluang memenangi barangan eksklusif melalui cabutan bertuah apabila menempah kenderaan di pameran tersebut. Dengan hingga 500 pilihan kenderaan pra-milik BMW dan Mini yang diperakui, pelanggan juga akan menikmati hingga 10 peratus untuk peningkatan ciri Connected Drive serta pra-kelulusan pembiayaan segera melalui BMW Engage oleh BMW Group Financial Services Malaysia.

Pemilik kenderaan daripada rangkaian BMW Premium Selection akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang serba lengkap merangkumi:

  • Waranti Pilihan hingga tujuh tahun (dijamin oleh Allianz Malaysia)
  • Pemeriksaan teknikal dan optik yang menyeluruh oleh juruteknik BMW yang bertauliah
  • Rekod Servis dan Rekod Kenderaan yang disahkan (termasuk pemeriksaan rekod kerosakan akibat kemalangan)
  • Tawaran tukar beli yang kompetitif

Pameran BMW Premium Selection 2024 akan diadakan di Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 malam, pada 1 hingga 3 Mac.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan