Piston.my

smart Malaysia Lancar Tiga Lagi Hab Baharu Berasaskan Komuniti

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) telah melancarkan rangkaian cawangan pengedar smart baharu, membawa kenderaan elektrik smart #1 lebih dekat kepada peminat di seluruh Malaysia. Dengan pelancaran rangkaian cawangan pengedar smart baharu yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah, ini menandakan pencapaian penting dalam perjalanan mereka, menjanjikan hab smart yang dinamik bagi memenuhi keperluan komuniti peminat kenderaan elektrik di Malaysia Timur. 

Selain daripada Kota Kinabalu, Sabah komitmen smart terhadap mobiliti yang mudah diakses dan berpusatkan komuniti di perluaskan ke Petaling Jaya dan bandar Kuantan di Semenanjung. smart teruja untuk mengumumkan perkongsian strategiknya dengan Fook Loi Eurocar Sdn Bhd untuk smart Kota Kinabalu, Naza Automotive Group untuk smart Petaling Jaya, dan Hoi Keen Service Sdn Bhd untuk smart Kuantan. Perkongsian ini di rancang untuk menyelaraskan penggunaan kenderaan elektrik smart #1, memastikan ia menjadi pengalaman yang lancar dan memuaskan kepada pelanggan di seluruh negara.

Pengedar baharu ini mempunyai reputasi yang baik, dengan Fook Loi Eurocar memiliki rangkaian pengedar terbesar di Negeri Sabah. Naza Automotif Group akan membuka cawangan mereka di sebelah Lebuhraya Persekutuan, dan Hoi Keen Service, yang diiktiraf sebagai penerima Anugerah CEO & Diamond Proton 2023, pengiktirafan tertinggi dalam Pengedar Proton, akan memberikan pengalaman jenama masing-masing kepada pelanggan di Kota Kinabalu, Kuantan, dan Petaling Jaya.

Sesuai dengan komitmen smart untuk memupuk komuniti, rakan kongsi terpilih smart memainkan peranan penting dalam mewujudkan ruang bagi individu untuk meneroka produk dan perkhidmatan smart yang luar biasa, selain daripada menyediakan pilihan pengecasan yang mudah. Fokus smart terhadap kestabilan melibatkan peningkatan kedua-dua stesen pengecasan AC dan DC dengan memastikan pengecasan yang cepat dan efisien untuk pemilik smart dan orang awam secara umum.

Selain daripada proses penjualan, smart Malaysia mengutamakan kepuasan pelanggan melalui perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang. Penasihat terlatih smart, yang berada di sekitar bilik pameran fizikal, komited untuk menawarkan kepakaran dan sokongan, memastikan pengalaman pemilikan yang lancar dan menyeronokkan.

Operasi Cawangan smart yang baharu ini secara rasmi akan bermula pada suku ketiga dan keempat tahun 2024. smart Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia untuk memandu uji dan menikmati Tawaran Eksklusif smart Long-evity di pusat pengedar smart yang terletak di smart Ipoh (GB Auto), smart Balakong (Hap Seng Smart), smart KL (Hap Seng Smart), smart Penang (Eleganz Lifetsyle), smart Alor Setar (Lee Motors), smart Glenmarie (EON Berhad), smart Setia Alam (Wheelcorp EV), smart Melaka (Sigma Energy EV), smart Johor Bahru (Motor Future), dan smart Damansara (smart Mobility).

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan