SISMA Auto mengorak langkah dalam dunia pemotoran kenderaan elektrik (EV) dan mewah dengan melancarkan bilik pameran Denza yang baharu di Glenmarie, Shah Alam – satu pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan pesat kumpulan.
Denza, jenama EV mewah milik BYD Auto, pengeluar EV tersohor dunia, telah menerima sambutan yang amat menggalakkan di seluruh dunia dan SISMA Auto berbangga menjadi salah satu pengedar untuk membawa jenama baharu yang megah ini ke jalan raya Malaysia. Dipacu oleh kebangkitan global BYD, SISMA Auto komited untuk berkembang seiring dengan Denza, serta menetapkan piawaian baharu dalam mobiliti elektrik premium.
Dengan keluasan 20,000 kaki serta dua tingkat, pameran ini disokong oleh jumlah pelaburan sebanyak RM25 juta dan pameran tersebut direkai untuk mencerminkan identiti jenama tersebut – sebuah era baharu tenaga dan mobiliti mampan yang mewah. Reka bentuk bilik pameran yang anggun menyerlahkan identiti terkini Denza, menggabungkan kecanggihan moden dengan kemewahan yang mampan untuk dinikmati oleh para penunjung.












