Piston.my

Sime Darby Auto Bavaria Sungai Besi Berpindah Ke Pusat Pengedar 4s Baharu Di Balakong

Sime Darby Auto Bavaria Sungai Besi akan berpindah ke pusat pengedar 4S baharu di Balakong pada bulan Mac tahun ini. Sg Besi merupakan salah sebuah pusat pengedar Auto Bavaria tertua di Malaysia selepas beroperasi selama 27 tahun (1997 hingga 2024).

Pusat pengedar yang mewakili jenama BMW ini telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada kecemerlangan automotif dan membawakan keseronokan kepada pelanggan sejak ditubuhkan. Usaha gigih untuk mencapai tahap piawaian tertinggi telah membolehkan pusat ini memenangi pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Kelab Kecemerlangan BMW, anugerah tersohor daripada BMW Group Malaysia.  

Sempena kejayaan dan pemindahan ini, para pengarah urusan, prinsipal pengedar, kakitangan jualan dan pentadbiran Auto Bavaria masa lalu dan kini akan hadir di Sungai Besi untuk menyaksikan berakhirnya sejarah lama dan meraikan permulaan era baharu.

Auto Bavaria Balakong, pengedar Retail.NEXT pertama di Lembah Klang yang akan memulakan operasi pada bulan Mac, bakal menawarkan pilihan jenama lebih luas yang terdiri daripada BMW, MINI dan BMW Premium Selection. Reka bentuk modennya memang sesuai dengan kemudahan rundingan pelanggan inovatif dan alat jualan digital terkini yang disediakan. 

Kakitangan yang digelar Genius BMW akan memastikan keselesaan pelanggan dan memudahkan urusan mereka mendapatkan maklumat, lantas menambah baik pengalaman premium secara keseluruhan. Landskap hijau yang indah di kemudahan pusat pengedar baharu ini mewujudkan suasana menarik yang serasi dengan ruang dalam serba mewah, yang pasti menceriakan para pengunjung apabila mereka melangkah masuk.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan