Piston.my

Mini Malaysia Memperkenalkan Countryman dengan Trim JCW Eksklusif

Mini memperkenalkan edisi terhad Mini Countryman JCW Trim hari ini, dengan penambahbaikan reka bentuk luaran dan dalaman yang sungguh gah, pastinya menarik perhatian ramai.

Mini Countryman mendapat sambutan luar biasa sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di negara ini pada 2011, terutamanya apabila pemasangan tempatan model tersebut bermula pada 2013 di Kulim. Sebagai model Mini yang mencatatkan prestasi tinggi di Malaysia saban tahun, kenderaan aktiviti sukan (SAV) ini menawan hati dengan mengekalkan DNA Mini yang ikonik serta menawarkan pemilik lebih ruangan untuk keterujaan berganda. Mini Countryman, SAV kesayangan ramai ini bakal memikat hati rakyat Malaysia buat kali terakhir dengan persembahan tawaran akhirnya dalam JCW Trim.

Edisi eksklusif Mini Countryman ini hadir dengan kit aerodinamik John Cooper Works (JCW) yang menampilkan elemen reka bentuk berkuasa terdiri daripada apron hadapan dengan saluran udara pasang siap dan bampar belakang dengan peresap. Kit ini juga menyerlahkan penampilan Mini Countryman dengan kemasan ambang pintu Mini JCW, spoiler belakang yang sporty dan JCW Circuit Spoke Wheels 19-inci dengan tayar-gerak kempis.

Mini Countryman JCW Trim mengekalkan enjin berkuasa Mini TwinPower Turbo 2 liter yang menghasilkan 192hp dan tork 280Nm, mampu memecut dalam 7.5 saat dan kelajuan tertinggi 226 km/j. Dilengkapi dengan Transmisi Automatik Sukan Dwi Klac 7-Kelajuan, kenderaan ini boleh mencapai penukaran gear yang sangat pantas dalam mod pemanduan Sport atau mengaktifkan fungsi pacuan neutral untuk meningkatkan keselesaan melalui mod pemanduan Green.

Pada bahagian dalaman pula, suasana menenangkan Mini Countryman JCW Trim diserlahkan dengan pelindung matahari antrasit, lampu kubah, serta tiang antrasit yang merentangi bahagian hadapan hingga belakang kenderaan. Kedua-dua pemegang di siling bahagian belakang dan hadapan juga menambah daya tarikannya yang sporty. MINI Countryman JCW Trim ditawarkan dalam empat warna yang mempesonakan, iaitu British Racing Green, Chilli Red, Nanuq White dan Sage Green – semuanya dalam kuantiti terhad untuk memberikan pengalaman pemilikan yang benar-benar eksklusif.

Bagi peminat Mini yang menggemari gaya serta penampilan Mini Countryman klasik, varian standard SAV ini masih tersedia untuk tempahan, mengekalkan enjin Mini TwinPower Turbo yang berkuasa untuk ketahanan dan responsif yang lebih hebat, dilengkapi dengan reka bentuk bampar hadapan dan saluran pengudaraan yang dramatik, hingga ke lampu utama LED automatik yang tersendiri serta kemasan Piano Black Exterior Optic.

Mini Countryman JCW Trim dilindungi oleh program Roadside Assistance selama lima tahun yang ditawarkan oleh Mini Malaysia, tersedia untuk semua kenderaan Mini baharu dengan senarai perkhidmatan yang komprehensif termasuk bantuan kemalangan 24 jam, 365 hari setahun dan bantuan melalui telefon serta talian kecemasan, servis tunda percuma dan apabila diperlukan (hingga 200 km dari kediaman), kenderaan ganti, mobiliti lancar, penginapan, penyelesaian servis mobiliti serta servis repatriasi. Mini Roadside Assistance boleh dicapai dengan menghubungi 1800-88-8808.

Membuat janji temu servis kini lebih mudah. Program servis dalam talian baharu ini membolehkan pelanggan menjadualkan servis yang diperlukan secara terus dengan Pengedar Sah Mini pilihan mereka melalui https://service.mini.my/.

Dengan Straight Line Financing oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan Mini Countryman JCW Trim menjadi lebih menarik dengan tawaran kadar faedah istimewa 0 peratus, tersedia untuk masa terhad sahaja. Sebagai alternatif, Mini Countryman JCW Trim turut boleh dimiliki dengan Easy Drive Financing, bermula daripada RM2,329.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 75 peratus, perbatuan 100,000 km untuk tempoh tujuh tahun).

Bagi mereka yang menggemari Mini Countryman klasik, pelanggan masih boleh memilih varian standard daripada RM2,296.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 75 peratus, perbatuan 100,000 km dalam tempoh tujuh tahun) dengan Easy Drive Financing, atau memilih program kadar faedah 0 peratus masa terhad yang sama dengan Straight Line Financing.

Harga jualan yang disyorkan bagi Mini Countryman JCW Trim termasuk SST (sedia digunakan, tanpa insurans) adalah:
Mini Countryman: RM250,388.00
Mini Countryman dengan JCW Trim: RM253,833.00

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan