Piston.my

Langkah Mendapatkan Diesel Bersubsidi untuk Kenderaan Pengangkutan

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 adalah inisiatif yang penting dalam mengawal penggunaan diesel bersubsidi untuk sektor pengangkutan darat barang. Berikut adalah langkah-langkah permohonan untuk mendapatkan diesel bersubsidi di bawah SKDS 2.0:

9 Jenis Kenderaan Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) Layak di Bawah SKDS 2.0:

  1. Lori Kargo Am
  2. Lori Minuman Botol
  3. Lori Refrigerated
  4. Lori Luton/ Kotak
  5. Penggerak Utama
  6. Lori Tangki Tepung
  7. Lori Tangki Air
  8. Panel Van
  9. Window Van

Syarat Kelayakan Permohonan Diesel Bersubsidi SKDS 2.0:

  1. Syarikat perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 atau entiti perniagaan tunggal dan perkongsian yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, atau entiti perkongsian liabiliti terhad yang berdaftar di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
  2. Kenderaan perlu berada di bawah pemilikan syarikat / perniagaan tunggal atau perkongsian.
  3. Kenderaan mesti mempunyai cukai jalan yang sah.
  4. Jenis kenderaan perlu termasuk dalam senarai 9 jenis kenderaan yang disenaraikan di atas.

Cara Permohonan Diesel Bersubsidi & Fleet Card:

Langkah 1: Permohonan Diesel Bersubsidi

  1. Menerusi Sistem MySubsidi Diesel secara atas talian di https://mysubsidi.kpan.gov.my.
  2. Maklumat yang diperlukan termasuk butiran maklumat syarikat, nombor pendaftaran kenderaan, dan pilihan syarikat minyak (maksimum 3 jenama) antara jenama PETRONAS, Shell, Petron, Caltex atau BHP.
  3. Kelulusan adalah serta merta dengan syarat semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  4. Syarikat akan menerima 2 dokumen: Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi dan Senarai Kenderaan yang diluluskan.

Langkah 2: Permohonan Fleet Card dari Syarikat Minyak

  1. Mengemukakan 2 dokumen: Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi dan Senarai Kenderaan yang diluluskan kepada syarikat minyak yang telah dipilih di Sistem MySubsidi Diesel.
  2. Proses permohonan fleet card adalah dalam tempoh 2 hingga 4 minggu selepas permohonan lengkap dikemukakan.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan