Piston.my

BM

Setelah sekian lama, Proton buat pertama kalinya telah membuat pratonton kepada semua ahli media Malaysia. Seperti yang tertera di atas, nama bagi model SUV pertama dari Proton adalah Proton X70. Majlis pratonton kepada para media telah diadakan di Pusar Reka Bentuk Proton di Subang Jaya, Selangor. (more…)

Honda merupakan salah satu pengeluar kereta (dan juga motor) yang paling berpengaruh di dunia. Mengikuti sejarah permulaan Honda dengan pengasas idealistik iaitu Soichiro Honda seawal tahun 1940-an, pembangunan jenama Honda merupakan sebuah perjalanan yang sangat unik dan menarik.

Hasil dari segala evolusi syarikat, pandangan dan matlamat untuk menjadi syarikat pengeluar kereta terhebat di dunia adalah barisan kenderaan yang sangat berpengaruh dan mempunyai pengikut yang ramai serta setia di seluruh pelosok dunia.

Berikut adalah 10 kereta Honda yang paling ikonik di dalam sejarah mereka (mengikut pendapat kami di MotoMalaya.net). (more…)

  • BMW Malaysia telah mengeluarkan senarai harga baharu model-model tawaran di dalam negara.

  • Harga baharu ini telah dikemaskinikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST sebanyak 10%.

  • Harga bagi model CKD turun manakala harga naik bagi model import CBU.

BMW Malaysia telah mengumumkan senarai harga baharu bagi model-model yang ditawarkan di Malaysia. Harga baharu ini telah dikemaskinikan dengan tambahan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST sebanyak 10% dan berdasarkan senarai harga yang telah diberi, terdapat beberapa perubahan yang ketara. (more…)

  • Perodua telah mengeluarkan kenyataan berkenaan harga model kenderaan mereka yang telah dikemaskinikan dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST.

  • Menurut struktur cukai SST baharu, harga model-model Perodua kini lebih murah dari 1 – 3%.

  • Ini bermaksud harga kereta Perodua telah turun sebanyak RM564 – RM1,710.

Perodua baru sahaja mengumumkan harga terkini bagi model-model kenderaan mereka dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai cukai SST. Berdasar kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Perodua, harga kereta mereka kini lebih murah dari 1 hingga 3% berbanding dengan harga jualan sewaktu Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST dilaksanakan! (more…)

  • Honda Malaysia telah mengumumkan harga baharu mereka yang telah dikuatkuasakan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

  • Semua harga tertera telah dikemaskinikan dengan cukai jualan SST 10%.

  • Bagi khidmat selepas jualan seperti servis, cukai perkhidmatan 6% akan ditambahkan.

Honda Malaysia baru sahaja mengumumkan harga kenderaan-kenderaan mereka yang kini telah dikuatkuasakan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST mulai 1 September 2018. Harga terkini adalah harga atas jalan dengan cukai jualan 10%. Bagi mana-mana servis (alat ganti dan caj buruh penyelenggaraan) yang termasuk dalam khidmat selepas jualan, cukai 6% akan dikuatkuasakan. (more…)

  • Pertandingan filem pendek BMW Shorties kembali untuk tahun yang ke-12.

  • Tema peraduan filem tahun ini adalah “Drive” atau “Dorongan”.

  • Penyertaan akan dibuka dari 30 Ogos 2018 hingga 26 Oktober 2018.

Perhatian kepada semua pengarah filem tanah air! Pertandingan filem pendek BMW Shorties kembali untuk tahun ke-12. BMW Shorties merupakan pertandingan filem pendek masyhur yang paling lama ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 2006! (more…)

  • UMW Toyota telah mengumumkan penganjuran mereka dalam Kejohanan Toyota Velocity Esports.

  • Menangi hadiah utama berjumlah RM60,000 dalam permainan Gran Turismo Sport.

  • Kejohanan sukan elektronik ini akan berlangsung dari 21 hingga 23 September 2018 dan penyertaan adalah percuma bagi 400 orang sahaja!

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) baru sahaja mengumumkan penglibatan terbaharu mereka di dalam dunia sukan elektronik atau ‘Esports’ dengan penganjuran kejohanan Toyota Velocity Esports. Penglibatan UMW Toyota dalam dunia sukan elektronik merupakan pembabitan pertama dari syarikat pengeluaran kenderaan di Malaysia. (more…)

  • Weststar Maxus telah melancarkan pusat 3S terbaharu mereka di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

  • Pusat 3S terbaharu ini akan memberi perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti kepada pelanggan di kawasan Utara.

  • Weststar Maxus juga melancarkan van komersial terbaharu mereka iaitu Maxus V80 2018.

Weststar Maxus baru sahaja melancarkan pusat 3S terbaharu mereka yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pusat Jualan, servis dan alat ganti akan memberi khidmat sokongan yang penting terutamanya kepada pelanggan-pelanggan mereka di kawasan Utara. (more…)

  • Honda Malaysia akan menganjurkan kempen ‘Joy of Buying’ dimana anda berpeluang untuk memenangi tujuh Honda City baharu.

  • Tempah dan daftar mana-mana model baharu dari Honda Malaysia sebelum 31 Oktober 2018 dan jawab slogan ringkas untuk layak menyertai kempen ini.

  • Terdapat 300 hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi dari Honda Malaysia.

Honda Malaysia akan menganjurkan program baharu mereka iaitu kempen ‘Joy of Buying’ sempena bulan kemerdekaan Malaysia dan juga ulang tahun Honda yang ke-70. Kempen ini akan berlangsung dari 1 September 2018 sehingga 31 Oktober 2018 dan anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk sebuah Honda City baharu setiap minggu! (more…)

  • Pusingan akhir bagi “Proton 1-Tank Adventure 2018” telah berakhir pada hujung minggu lalu.

  • 31 buah kereta Proton telah menamatkan perjalanan sejauh 700km dari Kulai, Johor, menuju ke Seberang Perai, Pulau Pinang.

  • Cabarannya adalah untuk memandu sejauh jarak tersebut dengan hanya satu tangki penuh bahanapi dan ke semua kereta berjaya menamatkan perjalanan tersebut.

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube