Sistem kutipan tol tanpa palang Multi-Lane Free Flow (MLFF), yang bakal diperkenalkan oleh PLUS Malaysia Bhd, merupakan inisiatif persendirian oleh syarikat konsesi lebuh raya itu, menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau menjelaskan bahawa selepas Perjanjian Pelantikan (AA) bagi Syarikat Tolling Pusat (CTC) antara kerajaan dan syarikat pencadang, KJS-SEP JV, tamat pada 16 Disember 2024, pemegang konsesi lebuh raya akan mempunyai hak untuk melaksanakan sistem tersebut secara bebas. Namun, keputusan muktamad pelaksanaannya masih tertakluk kepada kelulusan dan arahan Kabinet.
Kerjasama Antara Kementerian Diperlukan
Menurut laporan Bernama, Ahmad menekankan keperluan kerjasama merentas kementerian dalam pembangunan projek MLFF, dengan penglibatan agensi utama seperti:
- Kementerian Pengangkutan (MOT)
- Kementerian Kewangan (MOF)
- Jabatan Peguam Negara (AGC)
- Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS)