Piston.my

Toyota C-HR dikemaskini untuk 2019 – Dari RM150,000

Untuk tahun kedua di dalam pasaran Malaysia, model Toyota C-HR tawaran dari UMW Toyota Sdn Bhd telah dikemaskini untuk tahun 2019 dengan beberapa perubahan komestik yang memberi peningkatan dari segi penampilan bagi model ‘crossover’ kompak popular ini. UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah menjual lebih 4000 unit pada 2018 dan yakin bahawa kemas kini baru ini akan diterima dengan baik oleh para pelanggannya.

Untuk membezakan model 2019, C-HR terbaru mendapat reka bentuk rim aloi ringan 17 inci baharu dengan warna dua tona, memberi imej yang lebih mantap secara keseluruhan. Reka bentuk ini telah dipilih khusus untuk menyamai penampilan kenderaan yang menarik kepada para peminat .

Jalur hiasan baru pada bumper depan dan belakang dan juga penambahan cetakan badan di sepanjang sisi menyerlahkan permukaan emotif pada bahagian luar badan, melengkapkan lagi “Keen Look Identity”. Ini telah memberi Toyota C-HR 2019 satu kehadiran yang kuat dalam segmen ‘crossover’ kompak yang semakin meningkat.

Bagi mereka yang mahu kelihatan lebih ‘sporty’, terdapat TRD Aerokit yang telah dibangunkan oleh bahagian prestasi tinggi Toyota yang menambah sambungan ke bumper depan dan belakang dengan kemasan metalik dan ‘overfender’ di sekeliling gerbang roda memberi perhatian yang lebih berkuasa.

Harga bermula dari RM150,000 dan terdapat enam warna pilihan iaitu Metal Stream Metallic, White Pearl, Blue Metallic, Attitude Black, Red Mica dan warna baharu, Radiant Green Metallic. Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan