Piston.my

SDAC Lancarkan Program Jaminan bagi Model Ford Terpakai

Sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk terus menambah baik pengalaman pelanggan, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) mengumumkan pelancaran program “Ford Assured” atau “Jaminan Ford”, sebuah program yang menawarkan model-model kenderaan Ford terpakai yang mendapat perakuan. Program Ford Assured merupakan usaha perakuan dan jaminan menyeluruh yang bertujuan memberikan keyakinan dan ketenangan fikiran kepada pelanggan yang mempertimbangkan pembelian kenderaan Ford terpakai. 

Tumpuan utama program Ford Assured ialah proses pemeriksaan dan perakuan teliti yang memastikan kereta Ford terpakai memenuhi kualiti dan piawaian prestasi yang ketat. Program ini dirangka untuk menambah baik pengalaman pembelian kereta terpakai keseluruhan bagi pelanggan, sekali gus menekankan komitmen Ford kepada kualiti, kebolehpercayaan dan kepuasan pelanggan.

Program ini menggariskan piawaian kenderaan yang ketat, yang menetapkan syarat bahawa kenderaan Ford terpakai seharusnya berusia kurang dari lima tahun atau mempunyai jarak perjalanan kurang daripada 140,000km untuk Ranger dan 80,000km untuk Everest dengan sejarah servis yang lengkap dan komprehensif. Selain itu, Pemeriksaan 96-Titik yang dikendalikan oleh juruteknik bertauliah memastikan setiap aspek kenderaan Ford terpakai, daripada prestasi mekanikal kepada rupa bentuk kenderaan, memenuhi piawaian tertinggi. Tambahan lagi, Piawaian Baik Pulih khusus memastikan proses pembaikan dilaksanakan pada tahap kecemerlangan tertinggi, dengan menggalakkan konsistensi dan kualiti meliputi semua kenderaan terpakai Ford yang diperakui. 

Untuk kenderaan dengan waranti daripada pengeluar yang sudah luput, program Ford Assured memberikan jaminan 12 bulan bagi enjin dan kotak gear, tertakluk kepada terma dan syarat. Syarat-syarat ini termasuk jarak perjalanan kenderaan di bawah 140,000km untuk Ranger manakala untuk Everest pula 80,000km dan usia tidak melebihi 5 tahun. Tambahan lagi, jaminan ini menetapkan syarat bahawa alat-alat ganti kenderaan mestilah tidak pernah digantikan atau diubahsuai oleh pihak ketiga dan mesti diservis, disenggarakan, dan dibaiki oleh wakil-wakil penjualan Ford yang sah mengikut selang masa servis yang disyorkan. 

Next-Gen Ford Ranger 2022

Tawaran eksklusif daripada SDAC ini kini boleh didapati di bilik pameran Ford Ara Damansara, untuk individu yang arif dan ingin meninjau kenderaan terpakai bermutu tinggi, dengan tumpuan khusus terhadap model daripada rangkaian kenderaan Ranger dan Everest yang terkemuka. Mereka yang berminat boleh melayari https://www.sdacford.com.my/shop/ford-assured untuk butiran lanjut tentang kenderaan terpakai yang diperakui Ford. Di laman tersebut, mereka boleh membuat sebarang pertanyaan, melihat pelbagai gambar kenderaan, dan mendapatkan maklumat tambahan. 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan