Piston.my

Chery Memperkenalkan Pakej Extra Peace Of Mind

Chery Malaysia memperkenalkan Pakej Extra Peace of Mind kepada pemilik baru model Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro untuk memastikan mereka  mempunyai pengalaman memandu tanpa-perlu-bimbang sambil memastikan kenderaan mereka diselenggara dengan baik pada tahap optimum. 

Pakej Extra Peace of Mind ini merangkumi penyelenggaraan penting bagi pemilik Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, memastikan kenderaan mereka diservis mengikut jadual dan diperiksa secara berkala. 

Dengan tambahan RM11,600, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan pakej ini apabila membeli Omoda 5 atau Tiggo 8 Pro bermula. 

Pakej ini adalah perlindungan hebat bagi kenderaan baru, membolehkan pemilik mengekalkan kenderaan mereka pada tahap tertinggi dan mencegah daripada menghadapi masalah yang tidak dijangka.

Pakej komprehensif ini merangkumi penggantian item penyelenggaraan berjadual seperti  Minyak Enjin, Penapis Minyak Enjin, Coolant Radiator, Cecair Brek, Penapis Udara, Spark Plug, Pencuci Minyak Enjin, dan Minyak Transmisi untuk 7 tahun pertama. 

Pelanggan boleh memandu dengan lebih yakin apabila membawa kenderaan mereka ke  mana-mana pusat servis Chery yang sah di seluruh negara, kerana pusat-pusat servis ini  hanya menggunakan produk asli Chery. Komitmen ini oleh Chery tidak hanya menjamin  perkhidmatan berkualiti terbaik tetapi juga meningkatkan nilai jualan semula kenderaan pada masa depan. 

Dengan membeli Pakej Extra Peace of Mind, pelanggan boleh yakin bahawa mereka tidak  akan terjejas oleh peningkatan harga alat ganti dan kos penyelenggaraan dari masa ke  semasa. Ini membolehkan mereka merancang perbelanjaan mereka dengan lebih berkesan  dan cermat. 

2022 Chery Tiggo 8 Pro

Selain itu, Pakej Extra Peace of Mind ini juga menawarkan waranti enjin selama 10 tahun atau  liputan sehingga 1 juta km, memastikan perlindungan menyeluruh dan keyakinan yang  meluas untuk pelanggan. 

Untuk maklumat lanjut tentang Pakej Extra Peace of Mind, layari laman https://www.chery.my/ atau berkunjung ke pusat pameran Chery di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat  lanjut. 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan