Mohamed Affandy Bin Zainal Ariffin dari Teluk Intan membeli sebuah Proton Saga Premium pada bulan Julai dan pembelian itu membawa kebahagiaan berganda apabila beliau memenangi satu unit Proton Saga Executive setelah dipilih sebagai pemenang hadiah utama pertandingan Proton Q3 Test Drive & Win. Affandy yang sudah berkahwin dengan seorang anak membeli keretanya dari Han 333 Otomobil Sdn Bhd di Perak dan merupakan antara 12,992 peserta pertandingan tersebut, yang memberi peluang kepada pelanggan yang menempah dan mendaftar kereta sepanjang tempoh pertandingan untuk memenangi hadiah utama. Affandy menerima hadiah pada 5 November dari En. Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, di satu acara di ibu pejabat Pusat Kecemerlangan Proton yang disiarkan secara langsung di saluran media sosial syarikat.
Menambah lagi keceriaan, pemenang kempen Test Drive & Win Big untuk bulan Oktober diumumkan sebagai Abdul Taib Bin Ahmad dari Sarawak, yang membeli sebuah Proton Persona dari Ngu’s Motor Service Sdn Bhd. Sebagai pemenang Hadiah Utama beliau akan diberi ganjaran sebuah Proton S70 baru.





