Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) dan Warisan TC Holdings Berhad (WTCH) berganding bahu memberikan bantuan segera kepada penduduk Putra Heights yang terjejas akibat kebocoran paip gas yang mengakibatkan kebakaran pada 1 April 2025. Syarikat-syarikat ini menyediakan sekurang-kurangnya 30 unit kenderaan jenama Nissan, GAC Motor dan Renault di bawah program pinjaman kenderaan untuk membantu keluarga yang terjejas, demi mereka mempunyai akses mobiliti asas dalam tempoh yang sukar ini tanpa sebarang kos selama sebulan.
Inisiatif ini hasil kerjasama antara TCMH, WTCH, Kementerian Pengangkutan, Kerajaan Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan, bersama-sama berganding bahu untuk mempercepatkan pengagihan bantuan dan sokongan kepada komuniti Putra Heights.




