Piston.my

BHPetrol Mengadakan Program “Sambutan Tahun Baru Cina dan Balik Kampung Dengan Selamat”

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah menganjurkan “Program Sambutan Tahun Baru Cina dan Balik Kampung dengan Selamat” pada 8 Februari 2024 di BHPetrol Jalan Kebun, Klang dengan kerjasama rakan strategik Bahagian Keselamatan Jalan Raya (BKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Program ini telah dihadiri seramai 150 orang daripada pihak pengurusan BHPetrol, Bahagian Keselamatan Jalan Raya (BKJR) JPJ, pengusaha-pengusaha stesen BHPetrol di kawasan Lembah Klang, rakan media, komuniti setempat dan pelanggan-pelanggan BHPetrol. Program ini telah dirasmikan dengan ucapan oleh Ir. Azizul Azily Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol dan turut dihadiri oleh wakil daripada Bahagian Keselamatan Jalan Raya (BKJR) dan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Program ini merupakan acara tahunan BHPetrol yang bertujuan meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina bersama para pengunjung BHPetrol. Dengan kerjasama oleh pihak BKJR, para pelanggan yang hadir turut berpeluang mendapatkan tips keselamatan di jalan raya serta pemeriksaan kenderaan. Pelanggan dinasihatkan untuk mengamalkan pemanduan yang berhemah, menitik beratkan keselamatan diri dan sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Pelanggan yang hadir turut menerima beg cenderahati berisi makanan dan minuman ringan sebagai bekalan.

“Program ini merupakan salah satu usaha CSR syarikat yang sentiasa peka kepada keselamatan pemandu terutamanya di musim perayaan. Kami percaya usaha ini dapat memberikan satu langkah positif dalam menyokong usaha kerajaan menangani isu-isu keselamatan jalan raya di Malaysia. Semoga semua tiba dengan selamat ke destinasi masing-masing bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Berhati-hati lah di jalan raya, Pandu Cermat Sampai Selamat.” kata Azizul.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan