Separuh pertama tahun 2025 telah berakhir dan Proton telah berjaya meningkatkan pegangan pasarannya dalam pasaran automotif Malaysia. Jualan kumpulan pada bulan Jun berjumlah 11,069 unit telah menunjukkan peningkatan kecil berbanding bulan yang sama pada tahun 2024. Sementara itu, jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) dicatat sebanyak 72,156 unit, menjadikannya yang kedua tertinggi dalam industri.
Pegangan pasaran Proton bagi bulan Jun dianggarkan berada pada 20.7%, peningkatan sebanyak 1.1% berbanding bulan sebelumnya dan 1.2% lebih tinggi daripada angka YTD 19.5%. Sebaliknya, Jumlah Volum Industri (TIV) dianggarkan pada 53,500 unit pada bulan Jun, penurunan sebanyak 21% berbanding angka TIV 68,007 unit pada bulan Mei.
Salah satu faktor utama pencapaian jualan Proton adalah prestasi kukuh model SUV Segmen-B, Proton X50. Dilancarkan pada Oktober 2020, lebih 140,000 unit telah terjual di Malaysia dan pasaran luar negara, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai model terlaris dalam kelasnya selama lima tahun berturut-turut.
Pada Jun 2025, sebanyak 1,657 unit Proton X50 telah berjaya dijual, mengekalkannya posisinya dalam kalangan semua pesaing dalam kelas tersebut. Jumlah ini merangkumi 353 unit untuk pasaran eksport, di mana model ini menyumbang 47% daripada jumlah volum eksport. Bagi separuh pertama tahun ini, sebanyak 11,361 unit Proton X50 telah terjual, menandakan peningkatan sebanyak 11.3% berbanding enam bulan pertama tahun 2024.








