Piston.my

BM

  • Grantt Lubricants telah melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Grantt Stellar 8000 SAE 0W-20.

  • Minyak pelincir Stellar 8000 telah diformulasi dengan teknologi Knock Guard™.

  • Ia mampu memberi perlindungan maksimum untuk enjin jenis GDI dan TGDI dari fenomena LSPI (Low Speed Pre-Ignition) atau ‘knocking’.

UMW Grantt International Sdn Bhd baru sahaja melancarkan siri produk minyak pelincir terbaharu iaitu Grantt Stellar 8000 SAE 0W-20 API SN Plus jenis sintetik. Minyak pelincir baharu ini telah diformulasikan dengan teknologi Knock Guard™ untuk perlindungan maksimum dari LSPI (Low-Speed Pre-Ignition) ataupun lebih dikenali dengan ‘knocking’. (more…)

  • Rekod baru di Pikes Peak International Hill Climb 2018 telah dicatat oleh kereta elektrik Volkswagen.

  • Volkswagen I.D. R Pikes Peak mampu menjana 670hp dengan hanya berat 1,099kg.

  • Gabungan dengan pemandu Perancis Romain Dumas berjaya menjadi kereta lumba pertama untuk mencatat masa dibawah 8 minit.

Pikes Peak International Hill Climb 2018 baru sahaja selesai berlangsung di Colorado Springs, Amerika Syarikat. Perlumbaan ikonik yang lebih dikenali dengan ‘Race to the Clouds’ sejauh 20km dan setinggi 4,302 meter berakhir dengan keputusan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi dari Volkswagen. (more…)

  • Sempena musim perayaan, BMW Group Malaysia telah melancarkan Program BMW Safety 360°.

  • Sebahagian dari program ini ialah siri video Hebahan Khidmat Awam berjudul “Safety Starts with You”.

  • Video-video ini menekankan gaya pemanduan yang berhemah dan selamat sewaktu di jalan raya.

BMW Group Malaysia baru sahaja melancarkan sebuah siri video Hebahan Khidmat Awam (PSA) yang berjudul “Safety Starts with You”. Siri filem arahan Mallory Lee iaitu salah seorang finalis BMW Shorties merupakan sebahagian dari Program BMW Safety 360° untuk memupuk sifat berhati-hati di jalan raya. (more…)

  • Pihak Weststar Maxus akan menyediakan khidmat kecemasan bagi semua pemilik kenderaan Maxus sewaktu musim perayaan ini.

  • Dari 14 hingga 19 Jun 2018, beberapa cawangan Maxus diseluruh negara akan beroperasi untuk memberi khidmat servis, alat ganti dan tunda.

  • Nama petugas dan nombor telefon bagi kawasan Tengah, Selatan, Utara dan Pantai Timur terdapat dibawah.

Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, Weststar Maxus iaitu pengedar tunggal kenderaan Maxus di Malaysia akan menyediakan khidmat kecemasan bagi semua pemilik Maxus. Bermula dari 14 hingga 19 Jun 2018, beberapa pejabat cawangan Maxus di sekitar negara akan beroperasi bagi perkhidmatan ini. (more…)

  • Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan 2018 Mitsubishi Outlander 2.4 CKD beberapa bulan lepas.

  • Kenderaan jenis SUV ini mempunyai 7 tempat duduk dan enjin 2.4-liter DOHC MIVEC.

  • Dengan harga RM146,276.11 (harga atas jalan tanpa insurans dan 0% GST), ia adalah antara SUV yang paling menarik di pasaran Malaysia sekarang.

Sejak kebelakangan ini, kami telah menerima beberapa permintaan berkenaan artikel-artikel pandu uji bagi kereta. Dengan permintaan tersebut, kami ingin cuba sesuatu yang baharu bagi pengikut Motomalaya.net dengan menyampaikan berita berkenaan kereta juga (tapi jangan risau! Dunia motor masih tidak boleh dilupakan). (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube