Piston.my

BM

UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan model yang telah dipratontonkan sebelum ini iaitu Toyota Camry 2019. Model ini telah dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) yang sedang berlangsung sekarang sehingga 2 Disember 2018 di MITEC Kuala Lumpur. (more…)

Ada peminat Honda? Suka kepada model Jazz dan CR-V? Jika anda hadir Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018, anda akan dapat melihat dua buah model konsep dari Honda Malaysia iaitu Honda Jazz dan CR-V Mugen Concept yang memberi imej dan rupa bentuk lebih garang dan ranggi. (more…)

Dari 23 November hingga 2 DIsember 2018, Kuala Lumpur International Motor Show 2018 atau KLIMS 2018 akan berlangsung di MITEC KL (Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia) di mana terdapat beberapa kereta konsep menarik dapat dilihat. Antara yang paling menarik merupakan Perodua Myvi GT yang telah diubahsuai sebagai sebuah model yang ‘sporty’ dan juga garang. (more…)

Perodua memberi peluang kepada para pengunjung Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) untuk melihat keupayaan masa hadapannya,terutama sekali dari segi konsep reka bentuk. Model yang paling penting anda perlu lihat adalah Perodua X-Concept iaitu sebuah model yang mempamerkan masa hadapan Perodua yang cerah dan juga futuristik. (more…)

Ford Malaysia (Sime Darby Auto Connexion) hari ini telah melancarkan varian baharu Ford Ranger iaitu Ford Ranger Raptor 2019 sempena Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018). Bagi mereka yang berminat dengan trak pikap gergasi Ford F-150 Raptor yang laris di Amerika Syarikat, Ford Ranger Raptor 2019 ini mempunyai intipati yang serupa dari segi reka bentuk di dalam pakej yang lebih sesuai untuk gaya pemanduan di Malaysia. (more…)

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja melancarkan tiga SUV terkini mereka iaitu Mercedes-AMG GLC 63 S 4MATIC, Mercedes-AMG GLC 63 S Coupe 4MATIC dan Mercedes-AMG G 63. Model-model ini merupakan model berprestasi tinggi yang digabungkan dengan reka bentuk dan karakteristik sebuah SUV premium untuk pasaran negara. (more…)

Sempena sambutan Festival Membeli-belah tahunan 11.11 Lazada, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan Volkswagen Polo Black & White edisi khas dan hanya 11 unit sahaja akan dijual secara ‘online’ melalui Lazada sahaja pada 11 November 2018! (more…)

Naza Kia Malaysia iaitu pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, memberi peluang kepada peminat tenis tegar di dalam negara untuk menyaksikan perlawanan Singles Lelaki Australian Open 2019 secara langsung di Rod Laver Arena, Melbourne, Australia! (more…)

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja melancarkan siri baharu Mercedes-Benz C-Class 2019 yang kini dipertingkatkan lagi dari segi reka bentuk, prestasi dan juga keselamatan untuk kegunaan seharian. Model C-Class yang juga model yang paling laris dari MBM didatangkan dengan pelbagai penambahbaikan untuk gaya pemanduan yang lebih dinamik dan menarik. (more…)

Ford Motor Company bersama Sime Darby Auto Connexion (Ford Malaysia) baru sahaja melancarkan Ford Ranger generasi baharu yang menggabungkan teknologi, aspek keselamatan dan kemudahan terkini bagi para peminat kenderaan trak pikap di dalam negara. (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube